Gantungan Tulisan Bali

Oleh sebab adeg-adeg tidak boleh ditulis di tengah-tengah perkataan, maka tanda gantungan digunakan agar aksara wianjana dimatikan di tengah perkataan, iaitu tidak disebut dengan vokal /a/ tersirat. Misalnya, huruf Na dibaca "n"; huruf Ka dibaca "k", dan sebagainya. Setiap aksara wianjana memiliki gantungan tersendiri. Untuk mematikan suatu aksara wianjana dengan menggunakan gantungan, aksara yang hendak dimatikan itu harus dilekatkan dengan gantungan. Misalnya jika menulis kata "Nda", huruf Na harus dimatikan, jadi huruf Na dilekatkan dengan gantungan Da. Oleh sebab huruf Na dilekati oleh gantungan Da, maka Na diucapkan "n".

Gantungan dan pangangge dibenarkan melekat pada satu huruf yang sama, tetapi tidak pula bagi dua gantungan melekat di bawah huruf yang sama (tumpuk telu) Untuk mengelakkan tumpuk telu, maka penggunaan adeg-adeg di tengah perkataan dibenarkan.[6]